|
Buku "JELAJAHI ALAM JIN" merupakan
keseinambungan dari buku Di Sebalik Tabir Alam Jin. Buku
versi baru ini diolah kembali oleh penulis dengan
menambahkan lagi perkara-perkara yang sebelum ini jarang
didedahkan kepada khalayak. Penulis telah melakukan
beberapa kajian saintifik dengan berpandukan
Al-Quran dan Hadith
supaya maklumat yang disampaikan tidak terkeluar dari
pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Sekurang-kurangnya memberi satu
pendekatan baru ke arah memperbetulkan fahaman-fahaman
kolot yang masih menjadi
satu dogma di
kalangan masyarakat Melayu Islam di Nusantara.
Kadang-kadang kita agak kecewa
dengan cerita-cerita yang tidak langsung berlandaskan
kepada akidah sering sangat
disajikan. Sikap orang Melayu kita pula yang sememangnya
suka mencari benda-benda yang pelik (untuk kemegahan dan
kehebatan) dan mempercayai
roh-roh wali
kadangnya terus tersesat didalam mencari yang hak.
Buku "JELAJAHI ALAM JIN" ini akan memberi satu jawapan
secara ilmiah terhadap apa yang selama ini
kita tercari-cari.
Salam
Hormat Dari penulis,
HJ. WAN HALIM BASHAH
(IBHAR)
Penulis Buku
"JELAJAHI ALAM JIN"
|